Blogger Templates

Sekapur Sireh

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Actually thanks kepada sesiapa yg sudi membelek/membuka blog ni...Selamat membaca n fahami apa yg aku tulis...

Saturday, February 18, 2012

10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA

okeyh.kali ni nak berkongsi ilmu sikit dengan korunk.semalam kerajinan terserlah sikit time tengah on9.sambil jari jemari ni pantas menaip,tetiba jumpa satu blog ni http://koleksimadahcinta.blogspot.com n tertarik dengan salah satu entry.so terasa nak berkongsi.even ramai yang dah taw, xsalah rasannya nak copy. *dah minta permission*.ok let's reading. 

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”



p/s: "eh, awak rasa x apa yang saya rasa bila awak bersama dengan saya?"ahakz.hopefully berkekalan hingga   ke akhirnya. xkira lah dengan siapa jodoh saya sekalipun

Monday, January 30, 2012

.................

owh hati ini






sakit...







tapi, cuma secebis






.....................................................................


...................................................................................................








eh, ada lagi??


............................................................................................................................................................................................................................









dan sekarang dah okeyh
sebab dapat makan ice-cream yang saya suka


* ice-cream keladi =P

Saturday, January 28, 2012

Lumrah~





But, if I really found my soulmate and this is for you *jiwang lah pulak*

To my dear FUTURE Husband

I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best wife, ever, InsyaAllah..

I will dress up for you. I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best wife I can be, InsyaAllah..

I will have children with you & I will raise them to be the best they can be. I will be the best mother, InsyaAllah..

All this - as long as you promise me one thing..

Help me!! accompany me in getting to Jannah! ,Insyaallah :)
love u so much....400



p/s: copy from my friend's FB status

p/s:xsabar menanti hari2 yang mendatang..

birthday bonda tercinta

26hb januari...

"Selamat hari lahir buat ibu tercinta,Hasmah Binti Mohd Nor yang menyambut kelahiran yang ke-56. Semoga ALLAH permurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik sehingga akhirnya dan dipermudahkan segala urusan. Thanks for being a good mother for me n our family. I'm so proud of u, Ibu."





So, we'll dinner together for celebrating Ibu's birthday at Chinese Muslim Restaurant's, Kota Damansara.

Tuesday, January 24, 2012

30 things about me!!!

hurm disebabkan kebuntuan menghantui diri sehingga tidak tahu nak buat ape lg..so mari kita abiskan masa dengar citer miss rara tentang diri ini..heee..#30thingsaboutme.let's start..

  1. only girl in 5 siblings (anak ketiga)
  2. i love cooking (kalau mood rajin datang)
  3. mempunyai bantal buchuk since masuk teknik..heee (2005 untill now)
  4. selain suka memasak saya suka makan..heee
  5. xsuke lipas
  6. peminat majalah REMAJA and novel (tapi sekarang dah jarang baca)
  7. garang tapi lembut hati
  8. salah seorang pemain volleyball (xde lah terror pun)
  9. mempunyai lesung pipit..*ade ke?TET
  10. saya suka pikirkan sesuatu perkara terlalu banyak walaupun ia nampak mudah (sbb tue senang stress)
  11. peminat tomyam
  12. suka buat kek coklat
  13. my favourite calours are blue, purple and black
  14. sangat suka fesyen baju kurung moden n kebaya
  15. pantang kalau pakaian x bergosok
  16. benda wajib mest ada dlm handbag : purse, handphone, gula2x, compact powder, lip ice.
  17. kalau saya buat something yang saya minat, saya akan buat sampai akhir
  18. suka mengemas tanpa gangguan sesiapa
  19. kalau saya stress, saya akan menangis
  20. kalau saya xde mood saya xkan tegur degan sesiapa kecuali cakap something important
  21. i love yogurt or air yogurt..heee
  22. i like flat shoes
  23. teringin nak pakai maxi skirt n bergaya ala2 vintage
  24. boros (kena ubah ni)
  25. 'panas' bila kena marah bukan dr salah sendiri
  26. ada lesen kereta tapi jarang drive
  27. kebanyakan barang peribadi dari jenama AVON
  28. barang saya akan penuh satu kereta terutama bila balik cuti sem
  29. sometime seorang yang manja
  30. sememangnye bukan penggemar susu, melainkan susu yg berperisa.

actually banyak lagi..tapi xpelah.biar lah menjadi rahsia antara AKU, DIA dan MEREKA...heee

Friday, January 20, 2012

nak buat ape eh?

hai semua...assalamuaikum...

hari ini hari first cuti semester bermula.sangat bosan okeyh. i'm sleeping for the whole day coz terlalu penat sangat mengangkat barang dari kolej.*macam nak pindah rumah*.heee. tapi xde lah the whole day, lepas pukul 1 baru tidur balik. lepas subuh tue xtidur terus. Kena berjaga coz  nak tunggu someone datang untuk kirim wedding present for his sister's. sambil2 tunggu on9 sekejap, update blog yang dah berhabuk...n yg paling penting coz dpat breakfast roti canai kat kedai bawah rumah.*mengidam*..heee. sedap sampai menghirup kuah<----jangan tiru aksi ini....xsenonoh betul kan? tp ape2 pun..ADA AKU KISAH???hahahahha...

and after dah settle bagi barang, ittew balik rumah coz diri dah mengantuk sesangat. niat pagi tadi planning nak kemas rumah, tapi terbantut coz mengantuk yg tahap gaban and plus feel mengemas xdatang2...so kita tidur..lalalalalla.esok je lah kemah *kata dalam hati*

senarai aktiviti untuk esok, itupun kalau xde siapa ajak keluar:


  • kemas & menyapu rumah (include bilik)
  • cuci toilet
  • kemas baju2 yg dlm beg
  • cooking (depend on kerajinan)

itu je lah setakat ni..heee


p/s : baru start cuti dah ada ajak g berjimba...huhuhu

kahwin sudah nikah belum

sebelum nasi menjadi bubur
ambil lah langkah2 berjaga

ku bermohon kepadaMU, PENCIPTA ku
lindungi lah hambamu ini dari segala perkara yang melalaikan
teguhkan lah iman ku...
berikan lah petunjuk kepadaku.

mari tonton Semanis kurma..tajuk yang best clik----->tonton-home-channels-tv9-semanis kurma (2012)-episode 3 - Semanis Kurma (2012) - Episode 3

nasihat yang baik dari pengacara dan penceramah jemputan. semoga menjadi pengajaran bagi sekalian remaja termasuk diri ini.



*xberganjak dr depan tv bila ada semanis kurma*