Blogger Templates

Sekapur Sireh

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Actually thanks kepada sesiapa yg sudi membelek/membuka blog ni...Selamat membaca n fahami apa yg aku tulis...

Tuesday, August 9, 2011

IceCream KRuk2x..

Hai Readers... sihat kah kalian di Bulan Ramadhan nih??Alhamdulillah dah seminggu kita semua berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta pancaindera kita kan?? (TET!!!, asal skema sgt ayat aku ni..). Ni baru mukadimmah je..xde kaitan dgn tajuk entry ni pun sebenarnya...lalallalala~  Ok2..lets begin the story..Nak taw ape tu ice cream kruk2x??n mcm ne tercipta nye nama tu??hihihi...Jom dgr cerita ittew....

Al kisahnya bermula after aku n 3 orang lg member kluar mkn kat area seksyen 13, S.Alam..lepas habis makan kat situ (kirenya otw) nak balik kolej kitaorng singgah Mc'D kat seksyen 2 coz salah sorang dr kitaorg nak makan ice cream..If i not mistaken, she ordered Cornetto Sundae..After that, terus ke kolej...Nak dijadikan cerita, selang seminggu kot, my roomates a.k.a Fain tetiba asked me the name of the ice cream. 

She said, "Iera, apa nama ice cream kruk2 yg wawa makan tue?" 

Sambil dahi berkerut aku balas, "ice cream kruk2 tue ape?yg mane??"..

"Ala, yg wawa beli kat Mc'd ari tue"

"Owh...Cornetto Sundae..Nape panggil kruk2??".Kepelikan

"Hehehe..sbb ada emping jagung..Kan kalo kita mkn nant berbunyi "kruk2"..sbb tue r panggil mcm tue".

"Haahhahaha". Sambil gelak guling2 dgr Fain ckp...

Till now, nama tue masih melekat...Hanya aku, fain, wawa n fikri je yg taw...hahaha. So funny!!!. Org lain pun tertanya2 ape tue ice cream kruk2..Nak x nak ktorang kena lah bercerita..Kalo singgah ke Mc'd, aku mest order ice cream tue either Cornetto Sundae Chocolate or Cornetto Mcflurry Chocolate..weee~ Sampai ada org tue pujuk i dgn ice cream ni.. Suke2x.

Dengan ini, Ice Cream Kruk2 telah dinamakan oleh Fain...-----> Kruk2 bunyi nya.hahhahah

 Byk nya "kruk2"
 My favourite

P/s : Oreo Mcflurry pun sedap jugak kowt...heee~

Tuesday, August 2, 2011

terKezut maK!!!!

Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupannya hujan di tengah hari. Korunk pernah dgr kan pepatah ni??..Nak taw maksud korunk surf internet sendiri k. Ok. Pepatah ni tetiba terlintas kat kepala bile terbaca alkisah my ex-schoolmate di surat khabar.


Pagi semalam, dalam kereta. Puan Ibu berkata, "Iera, kawan ko yg bertunang tu dah putus tunang eh?"


Aku membalas sambil  dahi berkerut seribu, " Ye ke ibu ni? Mana ibu taw?" (terkezut).


Kata Ibu lagi, "Tgk lah dalam paper (MetroAhad) tu.."


Ape lagi, terus aku amik paper tu nak baca kisah dorunk. (mengalahkan Mama Juwie dah kan) hahhaha.


Done..So dah taw cerita..hehehehe. Korunk taw x??metroahad (klik kat situ) n korunk akan taw cerita nya..hehehe. Sampai je rumah terus on9. Macam biasa lah Twitter n Facebook antara my fav laman sosial. on je twitter dpt DM dr Fa'in. Kitaorng bincang pasal hal ni lah..hehehe. Macam2 yg keluar. almaklumlah minah sorang ni kaki gossip skit. Yang xleh blah nya, dia pulak yg teremosional... Kelakar sungguh!!! 


Aku : Sabar2..jgn emo sgt..kite xtaw perkara sebenar...hehehe...


Fain : hehehehe..t'emo plak.... hahahah


Aku : Kelakar lah fain ni...ni yg wat takot nak kahwin nih!! =(


Fain: Same la kite..fain dok pk gak ni....br tunang putus dah..adeh..pening pale oi!! clash pun sparuh idup ni  
 plak putus 2nang.blm kawen ma...


Aku : Agaklah...hadoi..camne lah nant kan..hopefully xterjadi dlm hidup..


Fain : amin.. mintak di jauhkan la...


Dah settle topik utk ari ni..Pagi td, saje belek2 blog jejariruncing n ada pulak kenyataan dr dia...klik ni---->harianmetro..


Sekarang xtaw siapa betul n siapa salah..Ok stop..xmaw cerita. Kita tggu jelah kisah seterusnya. To Aimie, tabahkan lah hatimu wahai teman dalam menghadapi dugaan ini. Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.  Banyak kan berdoa ye babe.Insyaallah ada jodoh yang terbaik untuk kau..



P/s: Kan best kalau dapat taw siapa jodoh kita..ahakz (gatal!!!)

Thursday, July 21, 2011

Rindu Lettew!!!




Belek2 album, jumpe pic nih... Pic ni aku dpt dr kak Long a.k.a Nurdia Azlin...Dia send mms time aku kat S.Alam..Actually kitaorg terpisah tempat belajar. Dia jerk between geng  aku yg tercampak kat Perak. (Anak kesayangan THR)..hahahha

RARA (panggilan utk aku) dia yg reka =P

Tuesday, July 12, 2011

~mereka dan aktiviti~

Sebelum ini
Mereka tidak pernah kukenali
Titik mula perkenalan bermula akhir sem 1 

Mereka adalah:

Alin
Ramzul
Botak
Ikmal
Hafifi
Safwan 
Azri

Kemudian bertambah pulak:
Aqilah
Yassar
Zaidee
Haq
Fahmi


Ni antara aktiviti yang pernah aku join time kat belajar kat Perak dulu bersama mereka. Tapi ade jugak antara dorunk yg xjoin. Yang selalu join aktiviti ni Alin, Ramzul n aku.Di mana ada alin, ada aku. (ibarat mcm tu lah)hahahha. tp aku ter miss satu aktiviti.heee~
  1. Overnight di Ipoh (xdirancang pun). This is my 1st time experience. Dalam takut ada jugak rasa gembira. Bukan hanya kami bertiga tp beramai with ramzul's friends. 
  2. Site visit ke Langkawi (3hari 2malam) syok giler weh...
  3. Mandi air terjun kat Lata Kinjang
  4. Pergi ke Genting Highland n Melaka
  5. Hiking at Chiling
  6. Mandi air terjun (xingat nama lah pulak)heee~
  7. Overnight xpayah ckp lah~ (byk kali)
  8. Pergi Bukit Cerakah
  9. Hiking kat Selama
  10. Trip to Pulau Pangkor (kerja gila coz time tgh final exam for final year)
Byk lagi kot aktiviti yg ktorang buat..tapi xingat lah..heee~

Dan sekarang bertambah lagi

Bob
Wawa
Bella
Shahman
Syahmee
Fikri
Mira

Aktiviti :
  1. Gathering kat Swiss Garden (3hari 2 malam) after convocation
  2. Trip to Kelantan (5hari 4 malam) sangat seronok okeyh..sbb dpt jalan2 n rase makanan yg best...credit to PM a.k.a Fikri n kawan2 Kelantan yg lain.heee

p/s : next trip plz....sgt rindu nak beraktiviti n berjimba dgn korunk!!!!

Wednesday, June 22, 2011

wajib tonton!!

poster filem film sekali lagi lisa sam

attention to all peminat LISA SURIANI, SHAHIEZY SAM n ADIK MIA
 meh lah sama2 kita tgk citer ni...
trailer mcm best
sedih okeyh
n teruja melihat kecomelan adik Mia

check it out the trailer!!!









p/s:tlg teman sy tgk citer ni boleh?heee~

Sunday, June 19, 2011

my new boyfie..wehuu~~

Agak mengundang kan tajuk entry kali ni?mest korunk excited nak baca n tgk who my new boyfie...hahaha. Ni pun aku dah dgr korunk ber sok sek sok sek( bunyi bisik). Dah 2 xpayah lah korunk nak gossip2 aku dgn sape yerk..gua belasah baru taw.. Sorry yerk, my status still lagi single but not available.TET!!!!!!!!!

Ni pasal anak cezen aku, Kak G. n i called him si Gumuk, si Buncit!!hahaha..Lama dah x jumpe budak gumuk ni. Last jumpe pun bulan 11 last year. Time tu, dia buncit ok. Kalo xcaye tgk ni..

ha,kan nampak kebuncitan budak gumuk ni!!

ni new pic..buncit sudah kurang..

Sebelum balik dr rumah cezen smlm utk buat kek, aku sempat snap aksi comey si gumuk ni. n siap edit ptg tadi..Cik Ira cayunk kamo si gumuk...hehehehe

aksi si gumuk~~





p/s: i mintak kiss, tp dia bagi pelempang..sungguh nakal budak gumuk ni..at last dpt jugak kiss!!hee~~

Chocolate cake



Penat n kemengantukan dr hiking xhilang lagi. Tapi badan masih kuat tuk wat chocolate cake coz dah janji dgn cezen, Kak G nak buat kek together. Actually she just conduct n helping me. Sebab utama mintak pertolongan coz dia ni adelah try buat kek sebelum ni n no mixer in my house.heee~~(almaklumlah 1st time buat kek sendiri).

OK.Resipi ni I search kat internet. Disebabkan tahap kebosanan yang memuncak time cuti sem ni, Aku pun godek2 lah internet cari resipi baru. Tup Tup jumpe resipi ni. Nama resipi pun menarik. Apa lagi, terus capai pen n kertas. Then salin bulat2. Agak terliur tgk gmbar2 kek ni..YUMMY!!! lagi2 aku yang "HANTU" chocolate nih....

Korunk lihat sendiri lah yerk hasil air tgn aku nih!!kalo berminat leh cuba coz ada resipi kat bawah ni..hehehe..Selamat mencuba~~


Black Beauty Chocolate Cake

RAMUAN
BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

BAHAN B
2 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan butter (dicairkan)
1 cawan air panas suam
2 sudu coklat emulco (aku guna coklat hersey's)
3 biji telur

nant dpt hasil camneh..
CARA:
  1. Ayak Bahan A. Ketepikan.
  2. Campur semua Bahan B dan kacau sehingga sebati. (Guna whisker or electric mixer).
  3. Masukkan campuran Bahan B ke dalam Bahan B dan gaul sebati.
  4. Bakar pada suhu 150' c, bakar  selama 50 min- 1jam.

TOPPING
Dark chocolate (cooking chocolate bar)
100ml Whipping krim
1 sudu butter

CARA:
  1. Cairkan chocolate bar dalam microwave selama 1 minit dan pantau untuk elakkan hangus @ cairkan dlm mangkuk tahan panas, guna kaedah double boiler hingga colat cair.
  2. Masukkan whipping cream dan butter. Kacau hingga sebati.
  3. Biar sejuk dan sapukan di atas kek.




Tadaaa. 
Sorry..rupa kek tu kurang menarik..tp sedap jugak..heee~~ Cuba lah yerk...
Baru taw, sebelum ni Kak G buat kek x penah menjadi excepy butter cake. Ini bukan rekaan yerk.Tp dia sendiri yg mention. It's ok. Yang penting kek chocolate i jadi..heee~~


p/s: ada orang jauh nak merasa kek saya. 

Kau Sudah Ku Tawan

Bukan mudah
Meniti langkah ke atas sana

Bukan Mudah
Penuhi impian jadi realitiApapun jua bisa terbukti
Andainya kita terus mendaki

(chorus)
Menuju puncak, dengan penat lelah

Demi melihat sinaran pagi
Menuju puncak, impian di hati
Bersama rakan yang menyertai
Untuk merakam pelbagai aksi kami...ooo yeah...

*words yg diboldkan adalah ayat sendiri setetlah di ubah dari lirik lagu asal*
(menuju puncak-lagu tema AF)

Semalam, Sabtu

Aku pergi hiking with cezen and her friends. Plan asal nak main Paintball but changed last minute pada hari Jumaat coz xcukup orang. Kitaorang hiking di Broga Hill, Semenyih. Bagi sape2 yg xtaw kat mane plz click Broga hill map.heehhee..lebih kurang 9 orang yang join this activity n semua terdiri laki bini except my cezen, me.

Pukul 4.00pg dah kena bangun.coz nak prepared sandwich gulung utk mereka. mengantok seyh!! Kitaorang bergerak pukul 5.30 pg coz nak tiba kat puncak time sunrise.hehe n sampai ke Broga jam 6.30pg. Perrgh, byk giler kereta n orang yg dtg sini..time2 ni pun dah rami,dahsyat giler!! After parking, terus mula mendaki..sejuk seyh..mane xnye mendaki time subuh...tp best!!! Time ktorang mendaki, dah ade some  people yg dah mula turun..hati berkata *haish,dorunk ni mendaki dr pukul brp eh?* huhuhu...lantak korunk lah, malas nak tnye...

Agak cergas aku mendaki pagi tu. xbanyak berhenti. Kalau berhenti coz tggu cezen aku tuh. terhegeh2 nak naik. Kawan2 dia semua dah lepas ke atas. (hahhaha.jahat kn aku).  Aku rasa badan dah berstamina skit after jogging ari tu. *tulah pentingnay jogging*.hehehe. Nak berbanding time hiking kat chilling tu, sekejap2 aku berhenti..letih mak taw..hahahha. Mendaki, mendaki n terus mendaki, lastly sampai puncak kul 7.40 pg setelah ditambah, ditolak dan dibahagi. =).















thanks guys....weehoooo~~

Thursday, June 16, 2011

nak jugak mcm tu!!!!!

 bLast Friday, aku teman my cezen ke rumah Azizah Ariffin, ala yg pengacara TV3 tu. xkan xkenal kowt..?? tp ade jugak yg xkenal. mcm kwn aku sorang ni. time tgh mesej2 dia n roger kat dia.. "Sok kt nak g rumah Azizah Ariffin. Kenal x" ?? *saje buat2 tanye coz nak test dia alert x dgn dunia popular* . n dia reply, " sape tu?? Azizah QS kelas D ke?". * i know who he did mean. bile baca balik mesej tu, rase nak gelak guling2x jerk.sorry yerk. xsengaja*. Then aku explain lah dgn panjang lebar who is the real person..hehhee. 
 Akak tu wat majlis tahlil sempena birthday dia...

ok. what the important i want to story is about the birthday present yg cezen aku bagi...sgt chantik ok...tertarik dgn design n benda2 comey atas kek tu..serius weh comey gilerrrrzzz..n aku rase nak jadikan cupcakes tu as one of my hantaran time aku kawin nant...heee~gatai kan!!!!!!!.oopss,tu baru satu presents. ade 2 lg present yg cezen aku bagi.. Tafsir Al-Quran n Pulut Kuning. so check it out the photos..


chantik kan???seyes comey..

Pulut kuning!!so creative

Paper bag for the Tafsir Al-Quran

The Al-Quran* sulaman font tu tempah kat CM*

me n cezen,k.lily

ooopss,lupe nak tunjuk Azizah Ariffin..bg yg xmengenali akak kite sorang ni..sila2 lah tgk yerk...

yg pakai tudung hitam n ade colour pink tu yerk..bukan baju biru..*jgn confius pulak*
last but not least, mest kena bergambar dgn cik kak kite ni...hehehhe...


p/s : malam tu,makanan sedap2....!!!!!

Wednesday, May 25, 2011

convo n gathering : day 1

hadoi..lame giler dah xmeng'update' blog ni...malas KOt!!!!!!!!time mula2 je excited coz jeles tgk org lain de blog.."tulah ko,hangat-hangat tahi ayam lagi.orang nak blogging ko pun nak jugak.padan muka',hati mengejek. hurm xpe, insyallah dlm masa 4 bulan aku cuit ni mayb rajin sikit kot nak meng'update' coz byk aktiviti akan dibuat..weehooo!!!

ok2...ni pasal my convocation day n convo gathering at Swiss Garden.sangat happening ok.pergi berkonvoi dgn kawan2 U. tibe2 rasa diri dah dewasa.hehhehe.thanks to my parents coz mengizinkan anak dara mereka yang sorang ni utk join trip ni.love both of u..muuuuuaaaahhh.

perjalanan bermula pukul 10.plan sebenar pukul 9.hurm biasalah,JANJI MELAYU lah katakan. berkonvoi 2 kereta, kereta shahman n syahmee. n aku kena naik kereta syahmee with wawa, mashitah, n fikri. hurm, agak laju ye budak kechik tu bawa kereta. kecut perut jugak aku dibuatnya. at one time tu, hampir2 berlanggar jugak lah...nasib sempat brek.dahlah time tu aku terlelap n tiba2 fikri menjerit. terus segar je anak mata ni. harap maaf lah yerk sy ni mmg alergi sikit kalo bawak laju2..ktorang sampai ke Seri Iskanadar dlm pukul 2. jangan terkejut yerk, ktorg dpt 'suprise' welcome dr Seri Iskandar. Elok2 dah sampai traffic light kat Bandar U, tetibe enjin mati.Ha, panik semua org!!! try hidup enjin xleh. so the conclusion nya, guys lah yg menolak kereta. yg gulz duk dlm kereta. Kecian korunk....hehehhe.

Sementara tunggu enjin sejuk, ktorang g makan dulu kat DELI, tp i xmkn pun. borak2 then bergerak masuk dalam U utk ambil jubah. Pergh,cuaca hari tu. dah mcm kat padang pasir. panas,terik,hangat semua ada. So, utk menyejukan badan, ktorg masuk ke DSI utk reseal. tujuan asal nak tgk2 je,tp boleh pula ter'lama' kat dlm tu.perut dah mula menyanyi minta diisi. apa lagi,cabut lah n terus ke KFC.hehhehe.otw ke kfc terus roger fikri n ramzul ajak dorunk join sekali..

Malam tu after maghrib, ktorg gerak ke Ipoh,tgk movie.haish,mmg xingat letih n penat betul budak2 ni.citer KONGSI, xde lah best mana pun citernya.tp ade jugak lawak.huhu. lepas tu ktorag isi perut dulu kat MEdan Gopeng n then ke Gerbang Malam. sampai2 je kat Gerbang Malam, peniaga2 mula berkemas. tp ktorg peduli ape, pegi jugak coz nak cari tudung..nasib jumpe!!!yeay,dah boleh balik...mata dah ngantuk sgt.sampai  Seri Iskandar dlm pukul 1. singgah ke rumah yg fikri n ramzul menginap utk ambil baju.sy dpt kerja baru,iron kan baju fikri.haiyo,nasiblah gua ni baik hati...heheheh. mest korunk pelik kan knp aku yg kena ironkan baju mamat tu? i'm strictly notice here, we're only friend ok~~



Monday, May 9, 2011

My special birthday present

Click to play this Smilebox greeting
Create your own greeting - Powered by Smilebox
Digital greeting card created with Smilebox



so sweet..
i'm speechless..
love u so much dear ---> SITI MASTURA RASHIDIBHIB

Tuesday, March 29, 2011

Sunday, March 27, 2011

owh hati!!



Patah Hati
Sakit Hati
Makan Hati
Jaga Hati
Curi Hati
Jatuh Hati
Suka Hati

Semua tentang HATI..Banyak perkara yang berlaku this week melibatkan hati (as mentioned above)...I don't know why. Maybe this is some dugaan yang Maha Pencipta give it to me.




ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Wednesday, March 23, 2011

My heart said:

~berakhir sebuah cerita~




It hurt to me but i'll try to accept it..Ya Allah tabahkanlah hati hambamu ini dalam menempuh dugaan yang berikan

Sepi

Malam-malamku sepi kebelakangan ini
Tanpa khabar berita darimu
Rindu sungguh aku padamu
O-genki desu ka
Terasa benar diri ini untuk mengetahuinya
Tapi..
Bagaimana pula kau?
Adakah kau merasai apa yang aku rasa?

Wednesday, March 9, 2011

BEZA CINTA DAN SUKA

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.



---------------------------------------------------------------------


Cinta, Sayang, Minat Dan Suka



Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.



Tuesday, March 8, 2011

summary for this week

stress
xsihat (demam + selsema + batuk)
 assignment menimbun
selera makan berkurang
badan letih



xsangka degree level lagi stress dari diploma level. :(


 p/s : xsabar nak balik rumah jumaat ni....

Friday, March 4, 2011

duit PTPTN dah masuk?

~gambar hiasan~

Firstly, congratz to all my frenz yg berjaya dapat duit PT. Jangan lupa say 'Alhamdulillah' masa terima duit tu n berbelanja ikut keperluan.heheh (pandai pula aku bagi nasihat kan?)hhahah.

Kata orang cakap memang senang, tp nak buat tu yang susah. Betol x??

Hurm actually aku x apply pun PTPTN untuk degree ni. My parents xbg coz mereka xmaw melihat anak mereka bergelumang dengan hutang pada usia muda.hehhe.Bila fikir2 betul juga kata mereka. Aku ikutkan saja. tapi aku xtahan lah bila ada suara2 yang berkata aku xamik PTPTN sbb aku KAYA. HELLO!!!!!! plz lah dont judge me like that. kalau x taw cerita jgn lah cakap bukan2..hish..xpe2 selagi tahap kesabaran aku boleh dikawal,aku akan bersabar.


p/s:selamat berbelanja kawan2


Yellow on Tuesday

 3 dara pinggitan..


Maaf yerk...kami xrancang pun nak pakai baju sama. 

Thursday, March 3, 2011

measurement oh measurement

Masuk hari ni genap 2 minggu xde kelas measurement (isnin n khamis).I'm not sure why the class is postpone.sedih dan tension rasennya.Tiada khabar dari Pendita kami. Last week (hari isnin) diberitahu kelas dibatalkan coz beliau tidak sihat.Kali ini tidak tahu mengapa kelas dibatalkan. Bila dihubungi tiada sebarang jawapan.Terasa kasihan kepadanya kerana kesihatan yang tidak menentu dan terselit juga rasa kagum kerana di usia yang sebegitu masih sanggup mendidik anak bangsa.


~We hope u will get well soon~


p/s: measurement kami masih di tajuk excavation...

Monday, February 21, 2011

apa-apa je lah...

ayoyo..agak lama ye x update blog.cik nurdia pun always send at my FB wall to updated my blog."sila2lah update blog anda tu".kata beliau.hehehe.sorry lah 'kakak', i bz skit..lagipun line broadband teruk kat bilik i ni.nama je dkt S.alam, tp serupa je mcm Perak...hahahha.

Byk sgt story nak citer bile x update blog ni sbb byk perkara yg berlaku. tapi rasenya x perlu kowt aku citer semuanya. Biar lah hati ini saja yang mengetahuinya. Ceeewaah....Pelbagai tekanan yang aku hadapi.arrgghh, stress giler kowt!!!!!!!lagi2 bila dapat assignment yang menimbun n stress ini akan memuncak bila tiba waktu nak submit especially waktu malam sebelum nak submit. tapi thanks to Puan ibu n Incik Zul kerana mendengar luahan sy n beri nasihat.huhu.




aku akan jd mcm ni if byk sgt keje.

Saturday, January 15, 2011

Sensitif

Minggu ni adalah minggu sensitif saya. 
Cepat touching betul. 
Gelak tawa akan datang dan pergi secara tiba-tiba.
 Kemudian akan diganti dengan kesedihan.=( 
Maybe ini tanda-tanda bendera merah.owh, tidak!!!!!!!!!!


I'm so sorry to be like that. Ini memang perangai saya dari dulu. Hanya mereka yang sudah lama mengenali saya saja yang paham. Mereka-mereka inilah yang berpeluang untuk melihat muka sepocen saya, kena marah dengan saya, dgr bebelan sy n mcm2 lagi lah....

SORRY!!!

Wednesday, January 12, 2011

Plz be responsible!!!

Sungguh geram betul!!!! Tiba-tiba aku jadi moody hari ni. Time belajar Construction of Economics tadi ok jer..siap gelak terbahak-bahak lagi. Tapi bila keluar dari kelas, n nak jumpa Class Rap terus jadi moody. Mana tidak nya, kerja yang sepatutnya di bawah tanggujawab Class Rap menjadi kerja classmates. Ya, aku tidak menafikan Class Rap boleh bahagikan kerja-kerja to classmates BUT  it's depends to the situation..
 
Ok, tadi after class aku n Emajida jumpa dgn Class Rap coz nak bagi senarai nama pelajar yang xboleh daftar kursus utk kelas kitaorang. Tapi dia srh kitaorang pergi sendiri pula..Haish, banyak cantik muka dia. Dah tu tanggungjawab ko asal pula kitaorang yang kena. Mesti ko xdgr taklimat pasal pendaftaran kursus minggu lepas kan??? Akak HEA tu dah kan cakap, apa-apa urusan mengenai pendaftaran kursus, sila wakilkan Class Rap. So paham-paham jelah.  Masalah kitaorang di bawah tanggungjawab engkau, paham tak!!!!!!!! 


p/s : geram...geram...n sangat geram...kesian Emajida coz terpaksa dengar bebelan aku!!!!!!



Thursday, January 6, 2011

Hujan di Pagi Hari

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...



Pagi ini hujan telah membasahi bumi Shah Alam. Aku tidak dapat hadirkan diri ke kelas pada pagi ini. Kerna tidak mempunyai payung sebagai pelindung. Kelas seterusnnya akan ku pergi sekirannya hujan berhenti.

Monday, January 3, 2011

Hari Ini Punye Cerita

Yuhoo...eh silap. Assalamualaikum....


Sorry sepatutnye aku tulis n post entry ni ptg tadi.  Tapi terlampau penat coz dah tulis 2 entry sebelum ni pasal semalam. Ok kita start dari apa yg aku buat dari pagi sampai lah sekarang.hehehe


6.30pagi       - Bangun
                   - Mandi (Agak pelik coz time2 ni xramai student mandi n ada dlm toilet.)
                   - Solat Subuh
7.00 pagi      - Bersiap ke kelas
7.30 pagi      - Berjalan ke fakulti with Fa'in n Mira (lagi pelik sbb xramai yg berjalan)
                   - Tunggu Azizah depan kolej Anggerik
8.00 pagi      - Sampai fakulti
                   - Tunggu member2 lain
                   - Melangok sambil bercerita dengan diaorang
             
9.00 pagi      - Jalan-jalan dalam fakulti coz nak tengok notice yg ditampal
9.30 pagi      - Tengok senarai nama mengikut kelas
                   - Tengok jadual
10.00 pagi     - Masuk kelas (tapi kelas kosong n lecturer xde)
10.30 pagi     - Pergi ke Cafeteria at fakulti
                    - Jumpa kawan2 Perak
11.00 pagi     - Pergi makan kat Dataran (aku panggil Uptown)hhehe with Emajida n Wawa
                    - Daftar kolej with Wawa n Atie
12.30 t/hari   - Sampai bilik
                    - Tidur
2.30 petang   - Solat Zuhur
                    - Kemas barang n bilik
3.30 petang   - Online
6.00 petang   - Mandi
                   - Solat Asar
                   - Bersiap ke uptown with Azizah n K.sue
7.30 malam   - Solat Maghrib
                   - Makan di bilik
                     ( Aku >> Nasi Goreng Cili Padi + telur mata, French fries, Air Kelapa)
                     (Fa'in >> Mee Goreng + telur mata)
8.30 malam  - Buat jadual kelas (cantik2 n kemas2)hehehe
10.00 malam - Solat Isyak
                   - Online
                     
Ha,bosan kan hari ni..huhu... Sebab tu aku ada masa untuk update blog.hehehe.tapi esok kelas pack gila. Dari pagi sampai petang. Tension pula rasannye..haish


Eh, korunk taw x jawapan untuk kepelikan aku td??Aku dah taw coz Fa'in bagitaw time kitaorang makan tadi.

  1. Mandi (Agak pelik coz time2 ni xramai student mandi n ada dlm toilet.)
  2. Berjalan ke fakulti with Fa'in n Mira (lagi pelik sbb xramai yg berjalan)
Sebab:

Kelas kat sini bermula jam 8.30 pagi bukan 8.00 pagi mcm kat Perak...ahhaha..tergelak besar aku tadi...hee~~

Hurm ok lah. Mataku ni dah menanti untuk ditutup. Badan pun letih. Tidur dulu yerk.
Nyte...


P/s :Semalam tidur xlena, setiap 1 jam akan bangun. Rasa macam lama je masa berlalu