Blogger Templates

Sekapur Sireh

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Actually thanks kepada sesiapa yg sudi membelek/membuka blog ni...Selamat membaca n fahami apa yg aku tulis...

Saturday, January 15, 2011

Sensitif

Minggu ni adalah minggu sensitif saya. 
Cepat touching betul. 
Gelak tawa akan datang dan pergi secara tiba-tiba.
 Kemudian akan diganti dengan kesedihan.=( 
Maybe ini tanda-tanda bendera merah.owh, tidak!!!!!!!!!!


I'm so sorry to be like that. Ini memang perangai saya dari dulu. Hanya mereka yang sudah lama mengenali saya saja yang paham. Mereka-mereka inilah yang berpeluang untuk melihat muka sepocen saya, kena marah dengan saya, dgr bebelan sy n mcm2 lagi lah....

SORRY!!!

Wednesday, January 12, 2011

Plz be responsible!!!

Sungguh geram betul!!!! Tiba-tiba aku jadi moody hari ni. Time belajar Construction of Economics tadi ok jer..siap gelak terbahak-bahak lagi. Tapi bila keluar dari kelas, n nak jumpa Class Rap terus jadi moody. Mana tidak nya, kerja yang sepatutnya di bawah tanggujawab Class Rap menjadi kerja classmates. Ya, aku tidak menafikan Class Rap boleh bahagikan kerja-kerja to classmates BUT  it's depends to the situation..
 
Ok, tadi after class aku n Emajida jumpa dgn Class Rap coz nak bagi senarai nama pelajar yang xboleh daftar kursus utk kelas kitaorang. Tapi dia srh kitaorang pergi sendiri pula..Haish, banyak cantik muka dia. Dah tu tanggungjawab ko asal pula kitaorang yang kena. Mesti ko xdgr taklimat pasal pendaftaran kursus minggu lepas kan??? Akak HEA tu dah kan cakap, apa-apa urusan mengenai pendaftaran kursus, sila wakilkan Class Rap. So paham-paham jelah.  Masalah kitaorang di bawah tanggungjawab engkau, paham tak!!!!!!!! 


p/s : geram...geram...n sangat geram...kesian Emajida coz terpaksa dengar bebelan aku!!!!!!



Thursday, January 6, 2011

Hujan di Pagi Hari

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...



Pagi ini hujan telah membasahi bumi Shah Alam. Aku tidak dapat hadirkan diri ke kelas pada pagi ini. Kerna tidak mempunyai payung sebagai pelindung. Kelas seterusnnya akan ku pergi sekirannya hujan berhenti.

Monday, January 3, 2011

Hari Ini Punye Cerita

Yuhoo...eh silap. Assalamualaikum....


Sorry sepatutnye aku tulis n post entry ni ptg tadi.  Tapi terlampau penat coz dah tulis 2 entry sebelum ni pasal semalam. Ok kita start dari apa yg aku buat dari pagi sampai lah sekarang.hehehe


6.30pagi       - Bangun
                   - Mandi (Agak pelik coz time2 ni xramai student mandi n ada dlm toilet.)
                   - Solat Subuh
7.00 pagi      - Bersiap ke kelas
7.30 pagi      - Berjalan ke fakulti with Fa'in n Mira (lagi pelik sbb xramai yg berjalan)
                   - Tunggu Azizah depan kolej Anggerik
8.00 pagi      - Sampai fakulti
                   - Tunggu member2 lain
                   - Melangok sambil bercerita dengan diaorang
             
9.00 pagi      - Jalan-jalan dalam fakulti coz nak tengok notice yg ditampal
9.30 pagi      - Tengok senarai nama mengikut kelas
                   - Tengok jadual
10.00 pagi     - Masuk kelas (tapi kelas kosong n lecturer xde)
10.30 pagi     - Pergi ke Cafeteria at fakulti
                    - Jumpa kawan2 Perak
11.00 pagi     - Pergi makan kat Dataran (aku panggil Uptown)hhehe with Emajida n Wawa
                    - Daftar kolej with Wawa n Atie
12.30 t/hari   - Sampai bilik
                    - Tidur
2.30 petang   - Solat Zuhur
                    - Kemas barang n bilik
3.30 petang   - Online
6.00 petang   - Mandi
                   - Solat Asar
                   - Bersiap ke uptown with Azizah n K.sue
7.30 malam   - Solat Maghrib
                   - Makan di bilik
                     ( Aku >> Nasi Goreng Cili Padi + telur mata, French fries, Air Kelapa)
                     (Fa'in >> Mee Goreng + telur mata)
8.30 malam  - Buat jadual kelas (cantik2 n kemas2)hehehe
10.00 malam - Solat Isyak
                   - Online
                     
Ha,bosan kan hari ni..huhu... Sebab tu aku ada masa untuk update blog.hehehe.tapi esok kelas pack gila. Dari pagi sampai petang. Tension pula rasannye..haish


Eh, korunk taw x jawapan untuk kepelikan aku td??Aku dah taw coz Fa'in bagitaw time kitaorang makan tadi.

  1. Mandi (Agak pelik coz time2 ni xramai student mandi n ada dlm toilet.)
  2. Berjalan ke fakulti with Fa'in n Mira (lagi pelik sbb xramai yg berjalan)
Sebab:

Kelas kat sini bermula jam 8.30 pagi bukan 8.00 pagi mcm kat Perak...ahhaha..tergelak besar aku tadi...hee~~

Hurm ok lah. Mataku ni dah menanti untuk ditutup. Badan pun letih. Tidur dulu yerk.
Nyte...


P/s :Semalam tidur xlena, setiap 1 jam akan bangun. Rasa macam lama je masa berlalu

Tangan Macam Robot

hurm, tangan aku dah macam robot korunk taw. Keras je jadinnya.Urat2 di tangan bengkak.Xboleh nak lipat2 sangat. Kalau dilipat akan sakit. Badan pun dah sakit-sakit terutama kat bahagain bahu. Ada siapa-siapa yang boleh picitkan??hahaha.Ooopss, tawaran ini terbuka kepada yang sejantina sahaja. Harap maklum!!

Nak taw kenapa??sebab....

Angkat barang-barang berat semalam.Mana tidaknya, beg-beg n kotak2 yang aku bawasemua besar-besar. Bak kata sepupu yang tolong angkat barang cakap, " Nak duduk sini terus sampai 2 tahun ke?" Aku pun jawab, " Biar lah." Kureng jerk. Dalam hati aku "Awak tu lelaki, manalah banyak barang macam perempuan."


Owh lupa nak beritahu mengenai di mana aku menetap. Semalam aku apply kolej n dapat duduk dalam iaitu kat Kolej Mawar. Dapat satu bilik dengan my classmate kat Perak dulu, Fa'in. Best n selesa coz dapat bilik berdua. tapi bayarannya agak mahal nye.

Untuk bilik berdua >>> RM420 seorang
Untuk bilik berempat>>RM201 seorang

Facilities kat sini pun quit good. Tempat jual makanan pun dekat (ini aku suka). Bila aku cerita kat Incik Zul dia cakap "Ish2x, makin berisi lah awak nant". Gelak je aku dengar dia cakap macm tu. Tapi yang xbest nye kolej aku jauh dari fakulti ambil masa dalam 10 minit. Agak berpeluh juganya bila nak ke falkuti. Xpe2. Bak kata Fa'in, dah kira macam jogging apa.hehehe. I like it.

Welcome Back To School

Oooopppss..correction!!Not to school but to University

Semalam aku mendaftar ke Uitm sebagai pelajar baru.hee~~. Sungguh teruja n takut coz dah masuk degree n xtaw macam mana cara lecturers kat sini mengajar. Dengar cerita dari senior2, diaorang cakap susah n kadang-kadang lecturer kedekut markah!!!OH, MY GOD...mampukah aku berdepan dengan semua ini???Hopefully mampu. Doakan aku nye kawan2..


Saturday, January 1, 2011

R.I.N.D.U

oooppss..rindu pada sape pulak ni??haish...mehlah baca


Awak,
Saya rindu awak sangat-sangat
Saya mahu jumpa awak 
Tapi,
Jarak antara satu negeri memisahkan kita
Hanya telefon dan pesanan mesej sahaja yang menghubungkan kita
Saya cemburu lihat orang lain bersama-sama pasangan mereka
Bila saya beritahu awak
Awak suruh saya bersabar
Terima kasih awak
Saya tahu awak juga mengalami perasaan yang sama seperti saya
Tidak mengapa
Saya redha
Walaupun tidak bersua muka tapi saya sentiasa ingat awak
Insyaallah kalau ada rezeki kita bertemu

special to: Ahmad Zulhazmi bin Zainal Abidin




Pagi Yang Ceria

Good Morning...mesti korunk pelik kan aku dah bangun time2 ni kan??hahhaha...Actually terpaksa bangun awal coz Puan Ibu dah pesan awal2 suruh bangun untuk pergi cabut undian untuk dia. Aha, bukan undian SPR okeyh....!!!undian KUTU bersama-sama makcik2 Penara ni. 

Then, aku ke kedai nak beli sarapan Roti canai and nasi lemak...Mesti korunk tertanye2 banyak nye aku makan kan??so Naughty lah korunk ni...dush2x...Bukan untuk aku sorang je,tapi termasuk abang n adik aku..huhuhu. Time tunggu roti canai siap, terserempak dengan makcik2 netball. Dorunk kata xperasan pun aku tadi sbb mereka kata aku dah.... KURUS!!!! hahhaha. Macam xpercaya je apa aku dengar.Tertanya2. Aku salah dengar ke??Padahal semalam baru service telinga. Nak tergelak pun ada. Tapi xkan lah aku nak gelak depan dorunk kan,nanti dorunk cakap ape pulak. So demi nak menjaga hati aku gelak je dlm hati.hehehe. Thanks makcik coz puji saya kurus. (kembang kempis hidung bila dipuji sedemikian). 

Antara soalan cepumas berkaitan dengan kekurusan..
  1. Diet ke?
  2. Patah hati ke?
  3. Busy sangat ke?
  4. Tidak cukup makan ke?

Ntahlah. Aku pun xtaw. Ada kata aku makin berisi, ada kata aku dah kurus. Hurm, xtaw mana satu yang betul. Aku xkisah pun sebenarnya yang penting aku masih sihat dan kuat. Thank You ALLAH. Time aku nak balik, salah sorang makcik pesan something kat aku 
  
"Lain kali kalau jumpe makcik, bagi berisi sikit badan tu."

Aku hanya mampu tersengih je..hehehe
hati ku berkata:

Last time kite jumpe dulu (satu team netball) saya baru 18 tahun, sekarang dah 21 tahun. Time tu, my cheek kembang lagi. Sekarang dah mengempis.hahaha




Mari Menguji Personaliti Anda dan Pasangan Anda!!!

Ujian ini memerlukan anda membuat bayangan dalam minda anda!!!!

SITUASI : Bayangkan ada sekarang berada ditengah-tengah hutan tebal, ketika anda berjalan-jalan dalam hutan tebal tersebut anda melihat sebuah rumah(pondok) usang dan anda menghampiri pondok tersebut:

Soalan :
1 . Ketika anda sampai di rumah usang tersebut, pintu rumah tersebut

§terbuka
§tertutup

2. Anda masuk ke dalam rumah tersebut lalu anda terlihat sebuah meja, meja tersebut berbentuk

§bulat
§bujur
§segiempat
§segitiga

3. Diatas meja tadi terdapat sebuah pasu, dalam pasu tersebut

§berisi dengan air sepenuhnya
§berisi dengan air – separuh
§kosong

4. Pasu tersebut diperbuat dari

§kaca
§porselin
§tanah liat
§besi
§kayu

5. Kemudian anda keluar dari rumah usang tadi, anda meneruskan perjalanan sehingga sampai di sebuah air terjun. Berapa laju air terjun itu?

§Beri skala 1-10

6. Anda meneruskan perjalanan, tiba-tiba anda terpijak sesuatu yang keras anda melihat kearah objek tersebut dan rupa-rupanya sebuah key chain. Berapa banyak kunci pada keychain tersebut?

§Skala 1-10

7. Walaupun penat, anda meneruskan perjalanan sehingga anda terjumpa sebuah istana. Keadaan istana tersebut?

§Baru
§Lama

8. Anda masuk ke dalam istana tersebut, anda lihat terdapat sebuah kolam yang keruh/kotor airnya tetapi terdapat banyak barang kemas di kolam itu. Adakah anda akan ambil barang kemas tersebut?

§Ya
§Tidak

9. Bersebelahan dengan kolam yang airnya keruh/kotor tadi, terdapat sebuah lagi kolam yang jernih airnya. Kolam ini pula dipenuhi dengan duit terapung dipermukaan air kolam yang jernih ini. Adakah anda akan kutip duit tersebut?

§Ya
§Tidak

10. Disebelah bertentangan dengan anda terdapat sebuah pintu keluar, anda berjalan keluar dari melalui pintu tersebut. Diluar istana tersebut terdapat sebuah taman yang luas, anda terlihat sebuah kotak ditengah-tengah taman tersebut. Apakah saiz kotak tersebut?

§Kecil
§Sederhana
§Besar

11. Kotak tersebut diperbuat daripada apa?

§Kadboard
§Kertas
§Kayu
§Besi

12. Anda berjalan-jalan dalam taman tersebut sehingga sampai disebuah jambatan. Jambatan tersebut diperbuat daripada?

§Besi
§Kayu
§Rotan

13. Diseberang jambatan sana terdapat seekor kuda. Warna apa kuda tersebut?

§Hitam
§Kelabu
§Putih
§Coklat

14. Kuda tersebut sedang…

§berdiri ( tak de buat pape la maksudnya)
§makan
§berlari-lari

15. Oh…tiba-tiba taufan melanda menghampiri kearah kuda tadi…
Anda ada 3 pilihan

§menyorok dalam kotak ditaman tadi
§menyorok bawah jambatan
§terus menghampiri kuda tadi anda tunggang kuda bersama-sama anda untuk melarikan diri.

PENAFSIRAN KEPADA JAWAPAN ANDA

Jawapan kepada soalan :
1. Pintu terbuka/tertutup

§Pintu Terbuka – anda seorang yang suka berkongsi dengan pasangan anda
§Pintu Tertutup – anda lebih suka untuk menyimpan dan tidak gemar berkongsi apa yang anda fikirkan

2. Bentuk Meja

§Bulat/Bujur – Walaupun anda baru berkawan(tidak kira siapa) anda mempercayai mereka sepenuhnya
§Petak – Anda agak memilih kawan dan lebih gemar untuk bergaul dengan kawan yang sekepala dengan anda
§Segitiga – anda sangat memilih untuk berkawan dan anda tidak ramai kawan

3. Air dalam pasu

§Kosong – Hidup anda kosong dan tidak dipenuhi dengan apa yang anda hendaki
§Separuh Penuh – Separuh dipenuhi
§Penuh -Hidup anda penuh dan banyak apa yang citakan telah dicapai

4. Pasu

§Kaca/Tanah Liat/Porselin – anda lemah
§Besi/Plastik/Kayu – anda seorang yang kuat

5. Kelajuan Air Terjun

§0-4 – Low sex drive
§5 – Average
§6-10 – High

6. Bilangan Kunci

§1-5 – Terdapat hanya sedikit kawan baik dalam hidup anda
§6-10 – Anda mempunyai ramai kawan baik

7.  Istana

§Lama – Hubungan Percintaan terakhir anda tidaklah begitu baik dan tiada apa yang anda ingat mengenainya
§Baru – Hubungan terakhir anda sentiasa anda ingati

8. Barang Kemas dalam Kolam Kotor

§Ya – Walaupun pasangan anda bersama anda, anda masih menggatai dengan orang lain(jeling-jeling ke,skodeng-skodeng ke)
§Tidak – Apabila anda bersama dengan pasangan anda, anda hanya memberi tumpuan kepadanya

9. Duit dalam Kolam Bersih/Jernih

§Ya – Anda menggatai dengan orang lain apabila pasangan anda tidak bersama dengan anda
§Tidak – Anda setia walaupun pasangan anda tiada disisi anda

10.  Saiz Kotak

§Kecil – Sifat Ego yang renda
§Sederhana – Sifat Ego Biasa
§Besar – Ego yang tinggi

11. Kotak diperbuat

§Cardboard/Kertas/Kayu –  Anda seorang yang merendah diri
§Besi – Bangga diri

12. Jambatan diperbuat

§Besi – Membuat hubungan yang rapat/kuat dengan kawan-kawan
§Kayu – Biasa-biasa sahaja
§Rotan – Tidak berapa bagus hubungan anda dengan kawan-kawan

13. Warna kuda

§Putih – Pasangan anda begitu bermakna dalam hidup anda dan sentiasa dihati anda
§Coklat / Kelabu – Pasangan anda hanya biasa-biasa dihati anda
§Hitam – Pasangan anda tidaklah begitu berada dihati anda

14. Kuda sedang…

§Berdiri/Makan –  Pasangan anda seorang yang merendah diri dan sopan
§Berlari-lari – Pasangan anda seorang yang liar

15. Taufan datang

§Menyorok dalam kotak – Apabila ada masalah anda lebih senang simpan sendiri
§Menyorok bawah jambatan – Anda mencari rakan-rakan apabila mempunyai masalah
§Lari bersama-sama dengan kuda – Anda lebih senang mencari dan berkongsi masalah dengan pasangan anda


selamat mencuba..!!..dan jika sama dgn anda..e2 adalah stu kebetulan n xder kene mengena ngn sesape k...